Kegunaan Bunga karang

Kedai yang menjual span buatan petola buntal di samping span haiwan di Istanbul, Turki.

Oleh ikan lumba-lumba

Satu laporan dari tahun 1997 mengkhabarkan bahawa span digunakan oleh ikan lumba-lumba muncung botol di Shark Bay, Western Australia. Ikan lumba-lumba melekatkan span kepada rostrumnya, dipercayai sebagai perlindungan ketika mencari makanan di dasar laut yang berpasir kasar.[106] Kelakuan yang dikenali sebagai sponging ini hanya diperhatikan di kawasan Shark Bay, malah hampir semua penggunanya adalah betina. Kajian tahun 2005 membuat kesimpulan bahawa ibu lumba-lumba mengajarkan kelakuan ini kepada anak-anak betina, malah semua pengguna span adalah bersaudara dekat, maka ini mungkin satu perkembangan baharu bagi spesies berkenaan.[7]

Oleh manusia

Span semula jadi di Tarpon Springs, FloridaGerai menjual span di Kalymnos, Greece

Rangka

Rencana utama: Span (bahan)

Kebanyakan genus span mempunyai spikul buatan kalsium karbonat atau silika yang terlalu kasar untuk kebanyakan kegunaan manusia, tetapi ada dua genus, iaitu Hippospongia dan Spongia, yang mempunyai rangka yang lembut dan diperbuat daripada serat sepenuhnya.[107] Orang Eropah purba menggunakan span lembut untuk banyak tujuan, termasuk alas topi keledar, bekas minuman mudah alih, dan penuras air bandaran. Span juga pernah digunakan sebagai alat pembersih, penyapu cat dan glis seramik, dan bahan kontraseptif. Akan tetapi, menjelang pertengahan abad ke-20, usaha pemungutan span berlebihan menyebabkan makhluk berkenaan diancam kepupusan.[108]

Kebanyakan objek yang bertekstur seakan span kini diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak diperoleh daripada makhluk porifera. Antara kegunaan span-span sintetik (tiruan) termasuk alat pembersih kegunaan peribadi dan rumah, implan buah dada,[109] dan span kontraseptif.[110] Antara bahan-bahan yang digunakan termasuk busa selulosa, poliuretana, dan silikona.

"Span" luffa yang digunakan untuk dapur atau mandi bukanlah daripada makhluk span tetapi didatangkan dari serat "rangka" buah petola buntal (Luffa aegyptiaca, Cucurbitaceae).[111]

Sebatian antibiotik

Span mempunyai potensi perubatan kerana dalam span atau simbionnya terdapat bahan-bahan kimia yang boleh digunakan untuk membendung virus, bakteria, tumor dan kulat.[112][113]

Sebatian aktif biologi lain

Halichondria menghasilkan pelopor kepada eribulin, iaitu halichondrin B

Tanpa sebarang kulit perlindungan atau keupayaan untuk melarikan diri, span telah berevolusi untuk mensintesiskan pelbagai sebatian yang luar biasa. Antaranya ialah kelas terbitan asid lemak beroksida yang dipanggil oxylipin, sebuah rumpun yang terdiri daripada ahli-ahli yang mempunyai sifat antikanser, antibakteria, dan antikulat. Satu contoh yang diperoleh dari span plakortis di Okinawa, iaitu plakoridine A, telah menunjukkan potensi sebagai sitotoksin kepada sel limfoma murin (tikus).[114][115]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Bunga karang http://www.qm.qld.gov.au/Collections/Biodiversity+... http://www.qm.qld.gov.au/Find+out+about/Animals+of... http://www.qm.qld.gov.au/Research/Biodiversity/Are... http://www.cbc.ca/news/canada/british-columbia/4-n... http://www.biology.ualberta.ca/courses.hp/zool250/... http://findarticles.com/p/articles/mi_qa3790/is_20... http://findarticles.com/p/articles/mi_qa3790/is_20... http://books.google.com/?id=OQoxzqjQXWEC&pg=PA220 http://www.mapress.com/zootaxa/2008/f/z01752p065f.... http://webdoc.sub.gwdg.de/pub/geo/geobiologie/2005...